Sunday, August 15, 2010

MOTIVASI KERJAYA PENDORONG KE ARAH KECEMERLANGAN MASA DEPAN

DEFINISI MOTIVASI

~Merujuk kepada rangsangan dalaman (proses psikologi) yang mengarahkan kelakuan manusia untuk mencapai matlamat.
Ferrell, Business: A Changing World, 5th Edition

~Merupakan dorongan yang menggerakkan serta mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu berdasarkan apa yang dikehendakinya, bagi mencapai matlamat.

disediakan oleh Liew Kher Shin (206493)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI

Faktor yang biasanya mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu adalah :

1. Minat
Seseorang akan berasa terdorong untuk melakukan sesuatu kegiatan jika kegiatan tersebut bersesuaian dengan minatnya.

2. Sikap Positif
Seseorang yang mempunyai sifat positif akan menyertai kegiatan tersebut secara mendalam dan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

disediakan oleh Chew Li Bee (206490)



KENAPA PEKERJA MEMERLUKAN MOTIVASI ??????

Motivasi adalah proses proses psikologi dalam diri seseorang dan
sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berikut:

1. Faktor Luaran
~Lingkungan kerja
~Pemimpin dan kepimpinannya
~Tuntutan perkembangan organisasi atau tugas
~Dorongan atau bimbingan pengurus atasan

2. Faktor Dalaman
~Sifat semula jadi individu
~Tahap pendidikan
~Pengalaman masa lampau
~Keinginan atau harapan masa depan

disediakan oleh Siti Roshella bt Abdul Rahman (206324)

FAKTOR-FAKTOR PENJAGAAN


~Dikenali juga sebagai faktor-faktor kesihatan

~Berhubung pengalaman kerja yang akan menghalang daripada berlakunya ketidakpuasan kerja sekiranya faktor-faktor tersebut wujud dalam organisasi

~Walau bagaimanapun faktor-faktor ini tidak dapat memotivasikan pekerja atau memberi kepuasan kepada mereka

~Faktor penjagaan terdiri daripada kualiti penyeliaan, polisi syarikat, gaji, keadaan fizikal tempat kerja, hubungan antara pekerja keselamatan di tempat kerja

~Faktor penjagaan jika diberi perhatian akan mengurangkan ketidakpuasan hati dan jika tidak diberi perhatian, akan meningkatkan ketidakpuasan hati

Contoh Faktor Penjagaan

~Dasar dan Pentadbiran
~Organisasi
~Penyeliaan
~Gaji
~Kehidupan Peribadi
~Keselamatan Pekerja
~Hubungan Interpersonal
~Status
~Keadaan Tempat Kerja

disediakan oleh Hasnah bt Abd Razak (206312)

FAKTOR-FAKTOR MOTIVASI ATAU DORONGAN

~Faktor-faktor berkaitan dengan pekerjaan yang dapat memberi kepuasan dan seterusnya dapat memotivasikan pekerja

~Ketiadaan faktor-faktor ini akan menyebabkan timbulnya rasa ketidakpuasan kerja

Antara faktor-faktor motivasi adalah:

~Pencapaian
~Pengiktirafan
~Kenaikan Pangkat
~Pekerjaan itu sendiri
~Peluang untuk berkembang
~Tanggungjawab

disediakan oleh Ng Cheah Yoong (206403)

TEORI-TEORI MOTIVASI

Hierarki Keperluan Maslow

~Diperkenalkan oleh Abraham Maslow
~Model ini menyatakan bahawa manusia mempunyai lima tahap keperluan yang mesti dipenuhi iaitu:

*keperluan fisiologi
*keperluan keselamatan
*keperluan sosial
*penghargaan diri
*pencapaian kendiri


Teori X dan Y

Douglas McGregor seorang ahli psikologi membuat andaian berhubung dgn gelagat pekerja yang boleh dijadikan panduan pengurus dan pemimpin.

Pengurus perlu guna cara yang berbeza untuk memberi motivasi kepada pekerja yang berbeza dari segi nilai, kepercayaan, sikap, kebolehan dan beberapa ciri lain yang mempengaruhi gelagat mereka.

Andaian Tentang Pekerja dalam Teori X:

~Kebanyakan pekerja tidak suka bekerja dan seboleh mungkin cuba elak diri dari buat kerja

~Pekerja perlu dipaksa, diancam dan diarah bekerja untuk mencapai matlamat organisasi

~Kebanyakan pekerja malas, akan mengelakkan diri daripada tanggungjawab, tiada cita-cita dan lebih menekankan keselamatan diri

~Kebanyakan pekerja cuba mengelakkan diri daripada memimpin

~Pekerja hanya akan melakukan kerja yang baik jika ada insentif kewangan


Andaian Pekerja di bawah Teori Y:

~Sebahagian besar pekerja suka melakukan kerja

~Pekerja boleh kawal diri sendiri, lebih suka memberi panduan diri, berinovasi dan kreatif

~Pekerja suka ambil tanggungjawab dan suka memimpin

~Pekerja mempunyai komitmen pd matlamat organisasi dan berkeinginan melakukan kerja dengan baik bukan semat-mata memerlukan insentif kewangan

~Motivasi dan potensi pekerja sememangnya sudah sedia wujud dalam diri pekerja dan pihak pengurusan hanya perlu menggilapkan potensi-potensi tersebut


TEORI Z :

~Ada kaitan rapat Teori Z dan THM

~Teori Z menekankan rasa tanggungjawab, kesetiaan dan penglibatan semua pihak dalam pengurusan organisasi tidak tertakluk kepada pengurus sahaja

~Maka pekerja terlibat dalam penentuan matlamat, pembuatan keputusan, penyelesaian masalah, melakar dan melaksanakan peluang

~Penglibatan pekerja dalam proses pengurusan dapat meningkatkan motivasi mereka

~Semua pekerja dipastikan terlibat dalam pengurusan organisasi walaupun pekerja tidak suka melakukan perkara-perkara di luar bidang mereka


TEORI MOTIVASI HERZBERG

Frederick Herzberg mengkaji perlakuan manusia dan mengemukakan teori motivasi berasaskan kepada Model Penjagaan – Motivasi

Terdapat 2 set faktor yang mempengaruhi gelagat pekerja iaitu:


1-Faktor-faktor penjagaan
2-Faktor-faktor motivasi/dorongan

disediakan oleh Syafiqah Nabilla bt Mohd Safii (206355)

KEPENTINGAN MOTIVASI

Kepentingan Motivasi Terhadap Pekerja..


(1)Individu akan sentiasa berminat untuk mengejar kejayaan
~Menurut Artkinson 1965 apabila individu mula menghadapi situasi mengejar sesuatu perkara terdapat dua jenis motivasi yang bertentangan akan timbul. Iaitu motivasi mengejar kejayaan dan motivasi mengelak kejayaan. Motivasi boleh dianggap sebagai pengerak kepada individu dalam pengurusan untuk membangkitkan minat dan semangat dalam urusan

(2)Wujudnya penumpuan dan perhatian
~ Individu tersebut akan lebih member i sepenuh perhatian terhadap apa yang dilakukan bukan kerana terpaksa. Mereka yang bermotivasi akan melakukan dengan penuh semangat tanpa disuruh atau diarahkan oleh majikan.


(3)Mewujudkan penilaian yang sihat dan positif dalam kalangan individu
~Motivasi menjadi asas kepada tenaga pengerak individu untuk bekerja dan mencipta suasana persaingan yang positif di tempat kerja.

(4)Membina keyakinan diri
~Kebolehan individu mengatasi masalah dalam hidup. Apabila seseorang itu yakin dengan diri sendiri mereka akan lebih berusaha danpeluang kejayaan untuk mereka akan lebih terbuka.

(5)Pemangkin keberaniaan
~ Apabila kita betul-betul inaginkan sesuatu, ketakutan dan kemalasan akan menjadi perkara kedua. Oleh itu apabila mencapai matlamat menjadi perkara utama keberanian, kerajinan dan ketekunan akan timbul.

disediakan oleh Nur' Aisya Hanisah bt Jamaludin (206505)

KEPENTINGAN MOTIVASI TERHADAP PENGURUS

1)Menyatukan organisasi
Pengurus dapat mempengaruhi semua pekerja untuk bekerjasama ke arah pencapaian matlamat organisasi.

2)Kekal dalam organisasi
Pengurus sentiasa inginkan pekerja yang baik sama ada dalam situasi ekonomi baik mahupun buruk.
Pekerja dapat mengekalkan kerja dan dapat meningkatkan kualiti kerja

disediakan oleh Nur Nurulazlin bt Mohd Zamri (206509)

IMPLIKASI MOTIVASI

Terhadap Individu
~Meningkatkan kualiti kerja
~Dapat mencapai matlamat yang diimpikan
~Dapat meningkatkan taraf hidup

Terhadap Keluarga
~Melahirkan rasa lebih bertanggungjawab terhadap keluarga
~Memperkukuhkan institusi kekeluargaan

Terhadap Masyarakat dan Negara
~Melahirkan ramai tenaga kerja mahir bagi mencapai wawasan 2020
~Dapat menarik ramai pelabur asing untuk melabur dalam negara.
~Melahirkan pekerja yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerja yang dilakukan.

disediakan oleh Roseleda bt Rusli (206388)


TUNTASNYA
Motivasi amat penting dalam diri individu yang ingin berjaya sama ada dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

disediakan oleh Mohd Atiullah bin Yaacob (206167)